‘Apa Terjadi Selepas Ini, Saya Akan Redha’ – Mia Ahmad Muat Naik Entri Terbaru Dapat Perhatian

‘Apa Terjadi Selepas Ini, Saya Akan Redha’ – Mia Ahmad Muat Naik Entri Terbaru Dapat Perhatian

Plot cerita ‘drama’ dalam rumah tangga Mia Ahmad dan pemain bola sepak, Mohd Izham Tarmizi Roslan makin hangat apabila pelakon itu berkongsi entri terbaru yang menyentuh perbuatan berbohong.

Status berbunyi ‘A lie may take care of the present, but it has no future’ (pembohongan mungkin boleh menyelamatkan situasi sekarang, namun tiada jaminan masa depan) pantas mencetuskan spekulasi berhubung rumah tangga Mia dan Izham yang sebelum ini dilaporkan ‘diganggu’ pihak ketiga.

BH Online cuba mendapatkan reaksi pelakon Hati Perempuan itu, namun Mia hanya mengulas:“Apa terjadi selepas ini, saya reda…. Saya tak mampu menjangka lebih jauh.”

Kelmarin, BH Online melaporkan, entri di laman sosial yang antara lain membawa maksud Allah meletakkan seseorang dalam hidup ini bersebab dan menyingkirkannya untuk alasan yang lebih baik menyebabkan nama Mia hangat diperkatakan.

Tidak cukup itu, tindakan Mia memadamkan semua foto suami tersayang yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) memberi bayangan seolah-olah rumah tangga mereka bagai ‘telur di hujung tanduk’.

Mengulas perkara itu, Mia dilaporkan berkata, tindakannya itu berlandaskan alasan kukuh.

“Saya buat ini semua bukan kerana mahu meraih perhatian. Saya buat kerana tercabar dengan suami dan orang di sekeliling.“Ditambah dengan keadaan saya yang masih berpantang, emosi saya jadi tak stabil. Jadi, orang luar nak hukum itu atau ini… Terpulanglah.

“Selama ini, saya terbuka berkongsi hal peribadi termasuk kehidupan. Tak semua indah, pasti ada turun naik. Mungkin juga semua ini bahagian dan ujian dalam hidup saya,” katanya.

Sementara itu, Izham dilaporkan mendakwa apa yang berlaku ada kaitan dengan cubaan sepasang kekasih yang dikatakan mahu memporak-perandakan rumah tangga mereka.“Perkara ini terjadi sejak tiga minggu lalu. Saya kurang pasti apa motif mereka. Malah, lelaki terbabit seolah-olah mahu cakap saya ada hubungan dengan kekasihnya.

“Malah lelaki berkenaan menghubungi Mia memaklumkan saya ada hubungan dengan teman wanitanya,” dakwanya yang tidak teragak-agak membuat laporan polis terhadap pasangan itu.

Izham dan Mia dikurniakan cahaya mata lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu.

Mia atau nama sebenarnya, Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 27, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak, selepas setahun berkenalan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PAYUNG VIDEO VIRAL untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber : Berita Harian

sumber