“As long as dia tak pergi karaoke dengan suami awak, Kira okaylah tu” – Didi Astillah

“As long as dia tak pergi karaoke dengan suami awak, Kira okaylah tu” – Didi Astillah

TINDAKAN biadap seorang pengikut Instagram Didi Astillah yang tidak berpuas hati dengan kakaknya, Bella Astillah mendapat perhatian penyanyi itu.

Menerusi ruang komen, pengguna Instagram itu menyelar Bella yang mendapat tanda pengesahan (verified badges) di laman sosial itu selain meminta isteri kepada Aliff Aziz itu berterima kasih kepada aktres Afifah Nasir kerana telah menaikkan namanya.

Malah wanita yang menggunakan nama @yaya_xahari itu turut menuduh Bella membeli pengikut selain mendakwa mereka adik-beradik gilakan populariti.

Tidak berdiam diri dengan tuduhan itu, Didi yang membalas komen itu meminta individu tersebut agar tidak lagi meninggalkan komen negatif selain mendoakan Tuhan memberikan kebahagiaan kepadanya.

Didi membalas komen biadap seorang pengikutnya.

“As long as dia tak sakitkan hati awak, tak pergi karaoke dengan suami awak, OK la tu… Hihi. Syukur Alhamdulillah Tuhan beri kebahagian dengan jayanya pada kami sekeluarga.“Dah tak payah dah komen negatif okay. Saya doakan Tuhan beri awak kebahgiaan yang nyata ya, InsyaAllah… Peace!,” tulisnya.

Menjawab tuduhan membeli pengikut, Didi meminta wanita itu menunjukkan bukti atas tuduhan itu dan menegaskan mereka adik-beradik tidak pernah mengejar populariti.

Bella bersama anak dan suami, Aliff Aziz.

Sebaliknya kata Didi, kehadirannya dalam bidang seni kerana minat sejak kecil dan bukan untuk bersaing dengan sesiapa.

“Buat apa nak berlawan-lawan… Kita ini dah besar panjang, masing-masing bukan dekat sekolah rendah lagi.“Beli followers? Mana bukti?… Tak popular pun awak kenal juga kami adik-beradik tapi kami tak kejar populariti tau. Kami berdua memang minat bidang seni dari kecil. Rezeki masing-masingkan,” katanya.

Dalam pada itu, Didi berkata, dia tidak kisah dengan apa juga yang ingin dikatakan tentang mereka adik-beradik kerana apa lebih penting kehidupan mereka bahagia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PAYUNG VIDEO VIRAL untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/10/31/didi-bella-astillah/#gdVmk3C8WyYcUU0Q.99

sumber