Bakal Isteri Tiga Puluh Tahun Lebih Muda, Lelaki Ini Dedahkan Kisah Macam Mana Cinta Berputik

Bakal Isteri Tiga Puluh Tahun Lebih Muda, Lelaki Ini Dedahkan Kisah Macam Mana Cinta Berputik

“ Meskipun bakal isteri 30 tahun lebih muda daripada saya, namun dia sangat matang dan mendapat restu empat anak dan ahli keluarga, malah ikhlas memperisterikannya.”

Begitu kata Raduan Yaakob, 50, yang bakal berkahwin dengan Nor Fatim Aisyah Mohd Noor, 20, selepas berkenalan sejak setahun lalu.Raduan yang juga kontraktor dan tinggal di Kampung Banir Belikong, Selising, Pasir Puteh bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis dari kampung yang sama pada 29 Disember ini.

Kata pesara tentera itu, dia tidak menyangka bakal isteri sanggup menerima dirinya walaupun berbeza usia kira-kira 30 tahun.

“Saya kenal dengan bakal isteri setahun yang lalu ketika dia bekerja di syarikat katering yang saya usahakan selepas menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Pada awalnya hubungan kami hanya sebagai pekerja dan majikan, namun tidak menyangka hubungan menjadi bertambah baik sebelum mengambil keputusan untuk bertunang dan berkahwin,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, perbezaan usia tidak menjadi masalah kerana hubungan mereka direstui keluarga terutama empat anaknya berusia antara sembilan hingga 26 tahun.

“Ibu bapa Nor Fatim Aisyah merestui hubungan ini kerana kami mempunyai pertalian persaudaraan dan tinggal di kampung yang sama.

“Saya mahu perkahwinan yang bakal berlangsung ini kekal berpanjangan memandangkan saya pernah gagal pada perkahwinan pertama apabila berpisah dengan bekas isteri, dua tahun lalu.

“Saya mohon orang ramai supaya tidak mengecam hubungan kami kerana ini adalah jodoh yang ditetapkan Allah SWT,” katanya.

Remaja lelaki 18 tahun kahwin wanita 42 Tahun dapat perhatian ramai

Sementara itu, baru-baru ini tular kisah seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dilaporkan telah menikahi isterinya yang berusia 42 tahun dan telah menjadi viral hari ini.

Gambar pasangan pengantin berkenaan yang dimuat naik oleh beberapa laman Facebook popular dilaporkan berlaku di Kuala Penyu, Sabah sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi dari pengguna FB.

Orang ramai dilihat memberi komen ucapan tahniah dan ramai mendoakan agar hubungan pasangan ini kekal lama, meskipun jarak usia seperti ibu dan anak.

Tetapi memang ada yang menjadikan kisah perkahwinan umur yang jauh ini sebagai bahan lawak. Ada segelintir netizen membuat lawak kononnya remaja lelaki tersebut bakal menghadapi masalah di malam pertama. Ada juga yang mendakwa wanita terbabit minat pada lelaki muda.

Pelbagai komen dan ulasan diberikan tentang perkahwinan ini.

Ini antara komen-komen dari orang ramai:

“Tak payah mengata. Dah jodoh diorang…”

“Kenapa ramai yg menghina. Yg masih bujang tu belum tentu jodoh kamu lagi macam mana orangnya…yg dah kahwin tu jaga pasangan kamu tu..”

“Jodoh itu rahsia Allah. Sekurang-kurangnya mereka tidak melakukan maksiat,”

“Kenapa kutuk atau perli? Sepatutnya ucapkanlah Alhamdulillah. Dek umpatan netizen yang tidak sayangkan mulut ini, pasangan ini beroleh pahala berganda-ganda,”

“ Apa masalahnya wanita itu lebih berumur? Meluat baca komen netizen yang tidak boleh menerima jodoh orang.”

“ Apa kisah nabi pun nikahi wanita 40 tahun..”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PAYUNG VIDEO VIRAL untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Kredit: hmetro

Apabila Qayyum Dah Besar, Dia Boleh Cari Mak Dia- Nur Shahida

Apabila Qayyum Dah Besar, Dia Boleh Cari Mak Dia- Nur Shahida

Selepas mendengar nasihat dari pengikutnya di Instagram, akhirnya Datin Seri Nur Shahida telah membuat keputusan untuk tidak mahu pulangkan semula Qayyum kepada ibu kandungnya. Terdahulu, ibu kandung Qayyum pernah menyuarakan hasrat untuk meminta semula anaknya menerusi sebuah pesanan kiriman ringkas kepada Shahida.

 

View this post on Instagram

 

Dah dapat kaki dah masing2……mau satu taman @babyterlajaklaris ronda…ni pun semput2 dah mama nak pi ligan😅😅

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Menerusi kenyataannya di Instagram, Shahida membuat keputusan ini demi menjaga perasaan Qayyum. Shahida berkata, selepas Qayyum dewasa kelak, dia akan cari sendiri ibunya yang sebenar. Bagi Shahida, tugasnya adalah untuk membesarkan Qayyum dan memberikan terbaik kepadanya sama seperti anak-anaknya yang lain.

Menerusi entri terbarunya, Datin Shahida telah mencurahkan luahan hatinya dalam kapsyen video tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Qayyum saya tak akan pulang……sebab dia bukan bola,bila x nak dia bagi,bila nak, ambik semula…saya perlu fikirkan perasaan qayyum….bukan perasaan saya dan bukan perasaan mak dia…..bila dah kenal orang dan kemudian saya bg pada orang yg dia x kenali…..saya pun bukan sempurna juga x cukup baik utk jaga qayyum,tapi saya tahu Allah tu lebih pandai menilai…kalau pasal bibik nak jadi kan isu,bukan dia x kenal bibik saya…siapa yg layan dia yg jaga dia waktu di rumah saya,siap bermanja dgn bibik tu…melayan makan minum dia……. . Tapi bila qayyum besar dia boleh cari mak dia sbb dia kena tahu siapa dia dan siapa ibu dia….tugas saya membesar dan mendidik dia,bg yg terbaik utk dia,sama mcm saya didik anak saya,cmm mana saya garang dgn anak saya,mcm mana saya pastikan anak saya dgr cakap….saya akan buat benda yg sama…… . tq for advise semua..saya baca satu2 saya nilai…..inilah yg terbaik…. .

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Sebelum ini Shahida menolak sekeras-kerasnya dakwaan seorang netizen yang mendakwa pembantu rumahnya cuba mendera Qayyum dengan menunjal kepala. Hal itu telah dilihat dalam video yang disebarkan oleh pengguna akaun Instagram @nuralya913. Pada masa sama, Nur Shahida turut menegur gadis tersebut yang didakwa cuba menimbulkan fitnah terhadap pembantu rumahnya itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PAYUNG VIDEO VIRAL untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

 

 

 

Tiga Rahsia Mudah Buat Sambal Kicap Tahan Lebih Lama Dan Sedap

Tiga Rahsia Mudah Buat Sambal Kicap Tahan Lebih Lama Dan Sedap

Sambal kicap kalau dengan padanannya memang buat kita teringat-ingat. Baik dimakan dengan Pisang Goreng, Ikan Bakar atau boleh dimasukkan ke dalam sup untuk menaikkan rasanya. Sambal kicap memang pelbagai gunanya, jadi memang tak rugi kalau nak buat banyak-banyak dan jadikan stok simpanan.

Perkongsian yang dikongsikan oleh Fatimah Naamat mengenai sambal kicap yang disimpan lama di dalam peti sejuk memang patut kita cuba. Paling menarik katanya, sambal kicap ini mampu bertahan lama, sehingga bertahun lamanya. Jom kita ikut caranya.

Rahsia nak buat sambal kicap yang tahan lama ni Tim belajar dari kak ipar, Kak Ngah namanya. Nilah seronok beripar duai, kita belajar teknik masakan yang banyak.

1. Cili dan kicap mesti sama sukatannya.

Kalau semangkuk cili, kicap pun mesti semangkuk. Tim suka pakai kicap lemak manis. Nak pakai kicap masin kena tambah gula sikit. Letak beberapa ulas bawang putih.cara masak sambal kicap,

2. Kisar lama

Kisar cili dan kicap sampai hancur setiap biji cili. Kisar biar lama sikit. Kalau nak pedas piaw pakailah cili padi semua. Tim campurkan cili siam dan sikit cili hijau.

3. Masak Lama

Masak atas api perlahan sampai ianya pekat dan likat. Kiranya sampai campuran kicap dan cili jadi separuh dari asalnya. Campur cuka atau limau untuk ada elemen masam.

Sambal kicap ni boleh simpan bertahun-tahun dalam peti ais. Boleh cicah dengan ikan bakar atau letak dalam sup panas.

Bukan sahaja perkongsian 3 cara ini, malah tiga rakan-rakan Fb juga berkongsi rahsia mereka sendiri untuk memastikan Sambal Kicap lagi sedap dan power. Jom tiru.

Thanks pada kawan-kawan di FB kasi tips extra.

Puan Aini – Bakar bawang putih sekali dengan kulit dia sebelum masuk blender. Sambal kicap akan lebih wangi.

Puan Nisa – Boleh campur belacan goreng pada yang suka.

Puan Fawzika – Goreng layu dengan sedikit minyak bawang putih, cili dan sedikit kismis sebelum kisar dan masak. Letakkan sedikit cuka ketika masak. Sambal jadi berkilat.
Selamat mencuba.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PAYUNG VIDEO VIRAL untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Credit : Fatimah Naamat

Hampir Sepuluh Tahun Bergelar Isteri Kepada Mawi, Ekin Mendedahkan Sikap Sebenar Mawi Yang Ramai Tak Sangka

Hampir Sepuluh Tahun Bergelar Isteri Kepada Mawi, Ekin Mendedahkan Sikap Sebenar Mawi Yang Ramai Tak Sangka

Isteri kepada Juara Akademi Fantasia 3 dan penyampai radio, Mawi, Ekin mengakui kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh suaminya sejak pertemuaan awal mereka sejak dulu lagi.

Menerusi entri di Instagram (IG), Ekin berkongsi sikap sebenar Mawi walaupun suaminya sering mendapat kritikan daripada orang ramai.

“Sayang orang sebelah ni. Dia la orang yang Ekin kenal dari dulu sampai ke hari ini sama je tak banyak beza.

“Orangnya sangat-sangat jujur, baik hati, suka tolong orang, penyabar, tak suka kutuk-kutuk orang, tak suka membawang, selalu memaafkan orang.

“Walaupun orang dekat luar tu banyak betul yang kutuk-kutuk dia, sakitkan hati dia dan suka ambil kesempatan kat dia.

“Tapi dia relax dan steady je. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi you dunia dan akhirat. Amin yarabal alamin,” tulisnya.

Rata-rata memuji sikap yang ditunjukkan oleh Mawi dan ada juga mengatakan bawa Ekin merupakan seorang isteri yang beruntung kerana mempunyai suami yang baik.

Selamat pengantin baru buat Mawi dan Ekin. Semoga bahagia ke hujung hayat. Sebagaimana korang tahu, Budiey tak dapat dijemput ke majlis perkahwinan mereka, jadi, diorang suruh Budiey pinjam gambar dan artikel dari media lain.

Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Asmawi Ani, 27, atau Mawi hari ini sah bergelar suami kepada Nora’ Asikin Rahmat, 29, atau Ekin apabila kedua-dua mereka diijabkabulkan di Masjid Sultan Abu Bakar di sini kira-kira pukul 11.45 pagi ini.

Mengenakan pakaian sedondon berwarna putih gading tajaan Butik Cosry, majlis akad nikah disempurnakan oleh imam masjid tersebut, Datuk Mahat Mohd. Said dengan empat orang saksi termasuk penyanyi Akhil Hayy mewakili keluarga Mawi dan pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadhilah Kamsah bagi pihak keluarga Ekin.

Majlis dimulakan apabila rombongan pengantin perempuan membawa masuk 11 dulang hantaran yang terdiri daripada jam tangan, kasut, dompet, tali pinggang, sejadah berserta songkok, al-Quran, cincin, set pewangi, buah-buahan dan sirih junjung.

Ia diikuti rombongan pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran berupa al-Quran, cincin, tas tangan, kasut, jam tangan dan alat solek, pewangi, kek, sirih junjung serta wang hantaran berupa cek bernilai RM30,000.

Walaupun raptai majlis tersebut diadakan sehari sebelum upacara itu, Mawi dilihat agak berdebar tetapi dapat melafazkan akad nikah dengan lancar.

Sebaik sahaja akad nikah selesai, Mawi diberi peluang membaca taklik dan seterusnya melakukan sujud syukur bersama imam masjid berkenaan, Mahadir Yahya.

Majlis menjadi agak lucu apabila Mawi kelihatan kekok dan terus ketawa apabila diminta jurugambar untuk mencium dahi isterinya selepas sesi menyarungkan cincin bagi membatalkan air sembahyang serta menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50.

Bagaimanapun suasana sedikit hiba apabila Ekin mengalirkan air mata ketika mendengar pesanan ibunya, Fatimah Saad.

Upacara akad nikah itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis lebih dua jam bermula pukul 10.30 pagi.

Ini merupakan majlis pernikahan artis kedua yang disiarkan secara langsung selepas majlis perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa, yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 pada 21 Ogos 2006.

Pada sidang akhbarnya, Mawi berkata, beliau amat gembira kerana akhirnya bergelar suami kepada Ekin selepas melalui pelbagai dugaan sepanjang perkenalan mereka.

“Sebelum ini kami menghadapi macam-macam dugaan tetapi akhirnya kami disatukan juga sebagai suami isteri,” kata Mawi yang akan melantik Ekin sebagai perunding imej dan pengurusnya.

Kata Mawi, antara faktor yang menambah perasaan sayangnya terhadap Ekin ialah apabila melihat pengorbanan isterinya yang tabah menghadapi tekanan ketika dikecam oleh segelintir pihak.

Ekin yang akan membuka butik busana Muslim selepas perkahwinan berpendapat, dia membuat keputusan yang betul memilih Mawi sebagai suaminya walaupun penyanyi itu turut dilemparkan pelbagai tuduhan.

Sementara itu, majlis resepsi sebelah keluarga perempuan akan diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) malam ini dengan 1,500 tetamu. Majlis sambut menantu di sebelah pihak lelaki pula akan diadakan pada 28 Disember ini di Felda Taib Andak, Kulai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PAYUNG VIDEO VIRAL untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Kredit: gempak

GAMBAR Kulit Gebu Hidung Mancung-Black Dedah Wajah Anak Yang Kedua, Titip Kasih Buat Si Comel, Rindu Dayyana

GAMBAR Kulit Gebu Hidung Mancung-Black Dedah Wajah Anak Yang Kedua, Titip Kasih Buat Si Comel, Rindu Dayyana

Penyanyi Black Hanifah akhirnya mendedahkan wajah anak keduanya, Rindu Dayanna di akaun Instagramnya.

Rindu yang kini berusia dua bulan sedang tidur sambil fotonya itu dirakam si bapa.

“NAMANYA RINDU DAYYANA BINTI HANIFAH,” tulis Black.

Susulan itu, rata-rata netizen teruja melihat bayi comel itu dan meninggalkan komen dalam ruangan gambar itu.

Untuk rekod, Rindu selamat dilahirkan pada 25 Oktober lalu seberat 2.88kg jam 1:56 pagi di hospital swasta.

Hasil perkahwinan bersama Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira, mereka jua dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Khaleef Dayyan, 3 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PAYUNG VIDEO VIRAL untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Foto : IG Black Hanifah

 

 

Cantik Betul Kekasih Pelakon Seribu Rindu, Fadlan Hazim, Julie Anne. Cinta Dua Budaya

Cantik Betul Kekasih Pelakon Seribu Rindu, Fadlan Hazim, Julie Anne. Cinta Dua Budaya

Percintaan di antara pelakon drama Papa Ricky, Fadlan Hazim bersama kekasihnya, Julie Anne bukan lagi rahsia.
Malah, bintang kacak ini sering kali memuat naik fotonya bersama gadis berbangsa cina itu.

Fadlan Hazim

Mengakui tidak mahu terburu-buru dalam soal jodoh, aktor muda berusia 26 tahun ini bagaimanpun menyerahkan soal kahwin itu kepada ketentuanNya, selain mengharapkan rezeki berkahwin itu datang tepat pada masanya.
Mengenai Julie, seorang usahawan sejak di bangku persekolahan lagi. Bagaimanpun, cinta mereka mulai berputik sejak beberapa tahun lalu.

Nah, kami bariskan beberapa foto menarik pasangan sama cantik sama padan ini.

memang sepadan

Dalam pada itu juga, pasangan Fadlan dan Julie dikatakan sudah menyulam cinta sejak dua tahun yang lalu dan moga mereka dapat disatukan satu hari nanti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PAYUNG VIDEO VIRAL untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Kredit: Fadlan Hazim dan mediahiburan

Comelnya Baby Bump Dynas. Tahniah

Comelnya Baby Bump Dynas. Tahniah

Industri hiburan Malaysia nampaknya meriah dengan perkhabaran gembira daripada selebriti yang tampil berkongsi berita kehamilan masing-masing.

Pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar, 35, sekali lagi bakal melalui fasa berpantang dan berjaga malam tidak lama lagi apabila kini hamil empat bulan dan dijangka bersalin pada April tahun depan.

Di laman Instagram miliknya, Dynas berkongsi foto terbaharu bersama rakan-rakannya yang jelas menampakkan ‘baby bump’ di sebuah majlis ‘baby shower’ yang dihadirinya.

Kandungan sulung ini adalah zuriat pertama menerusi perkahwinan keduanya bersama suami, Syazrik Din, 36, yang dikahwininya pada 21 April lalu.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas atau nama sebenarnya Wan Edrinas Wan Mokhtar, dikurniakan sepasang cahaya mata, Khyra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish,6.

Selain kembali aktif dalam bidang lakonan, tumpuan Dynas kini lebih kepada perniagaan butik pakaian ibu mengandung yang diusahakannya iaitu ‘DNA By Dynas’

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PAYUNG VIDEO VIRAL untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Kredit: mhetv