Bakal Isteri Tiga Puluh Tahun Lebih Muda, Lelaki Ini Dedahkan Kisah Macam Mana Cinta Berputik

Bakal Isteri Tiga Puluh Tahun Lebih Muda, Lelaki Ini Dedahkan Kisah Macam Mana Cinta Berputik

“ Meskipun bakal isteri 30 tahun lebih muda daripada saya, namun dia sangat matang dan mendapat restu empat anak dan ahli keluarga, malah ikhlas memperisterikannya.”

Begitu kata Raduan Yaakob, 50, yang bakal berkahwin dengan Nor Fatim Aisyah Mohd Noor, 20, selepas berkenalan sejak setahun lalu.Raduan yang juga kontraktor dan tinggal di Kampung Banir Belikong, Selising, Pasir Puteh bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis dari kampung yang sama pada 29 Disember ini.

Kata pesara tentera itu, dia tidak menyangka bakal isteri sanggup menerima dirinya walaupun berbeza usia kira-kira 30 tahun.

“Saya kenal dengan bakal isteri setahun yang lalu ketika dia bekerja di syarikat katering yang saya usahakan selepas menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Pada awalnya hubungan kami hanya sebagai pekerja dan majikan, namun tidak menyangka hubungan menjadi bertambah baik sebelum mengambil keputusan untuk bertunang dan berkahwin,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, perbezaan usia tidak menjadi masalah kerana hubungan mereka direstui keluarga terutama empat anaknya berusia antara sembilan hingga 26 tahun.

“Ibu bapa Nor Fatim Aisyah merestui hubungan ini kerana kami mempunyai pertalian persaudaraan dan tinggal di kampung yang sama.

“Saya mahu perkahwinan yang bakal berlangsung ini kekal berpanjangan memandangkan saya pernah gagal pada perkahwinan pertama apabila berpisah dengan bekas isteri, dua tahun lalu.

“Saya mohon orang ramai supaya tidak mengecam hubungan kami kerana ini adalah jodoh yang ditetapkan Allah SWT,” katanya.

Remaja lelaki 18 tahun kahwin wanita 42 Tahun dapat perhatian ramai

Sementara itu, baru-baru ini tular kisah seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dilaporkan telah menikahi isterinya yang berusia 42 tahun dan telah menjadi viral hari ini.

Gambar pasangan pengantin berkenaan yang dimuat naik oleh beberapa laman Facebook popular dilaporkan berlaku di Kuala Penyu, Sabah sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi dari pengguna FB.

Orang ramai dilihat memberi komen ucapan tahniah dan ramai mendoakan agar hubungan pasangan ini kekal lama, meskipun jarak usia seperti ibu dan anak.

Tetapi memang ada yang menjadikan kisah perkahwinan umur yang jauh ini sebagai bahan lawak. Ada segelintir netizen membuat lawak kononnya remaja lelaki tersebut bakal menghadapi masalah di malam pertama. Ada juga yang mendakwa wanita terbabit minat pada lelaki muda.

Pelbagai komen dan ulasan diberikan tentang perkahwinan ini.

Ini antara komen-komen dari orang ramai:

“Tak payah mengata. Dah jodoh diorang…”

“Kenapa ramai yg menghina. Yg masih bujang tu belum tentu jodoh kamu lagi macam mana orangnya…yg dah kahwin tu jaga pasangan kamu tu..”

“Jodoh itu rahsia Allah. Sekurang-kurangnya mereka tidak melakukan maksiat,”

“Kenapa kutuk atau perli? Sepatutnya ucapkanlah Alhamdulillah. Dek umpatan netizen yang tidak sayangkan mulut ini, pasangan ini beroleh pahala berganda-ganda,”

“ Apa masalahnya wanita itu lebih berumur? Meluat baca komen netizen yang tidak boleh menerima jodoh orang.”

“ Apa kisah nabi pun nikahi wanita 40 tahun..”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PAYUNG VIDEO VIRAL untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Kredit: hmetro