Nak Berjalan Dari Kapal Terbang Sampai Ke Terminal Dah Banyak Berjalan

Nak Berjalan Dari Kapal Terbang Sampai Ke Terminal Dah Banyak Berjalan

Penyanyi popular, Aishah mengakui dirinya bertambah sihat selepas menjalani pembedahan perut pada Februari lalu.

Ujarnya, dia melalui pembedahan ‘gastric bypass’ di mana perutnya dipotong untuk dikecilkan.

“Ini sebenarnya untuk orang yang dalam kategori obesiti yang bertahun-tahun cuba diet dengan apa saja tapi badan susah nak turun.
“Jadi macam ‘last resort’ untuk mengecilkannya,” katanya kepada program HLive.

Jelasnya, secara fizikal selepas pembedahan tersebut, dia memang tak boleh makan banyak dan hanya sekejap perut berasa kenyang.

“Alhamdulillah buat masa ini, selepas 2 bulan pembedahan tersebut, saya tidak digalakkan makan makanan pejal tapi selepas itu doktor suruh saya aktif.

“Nak buat senaman setiap minggu susah kadang-kadang saya cuba pergi main badminton tapi dalam karier ini saya aktif selalu ke sana ke mari.

“Saya rasa nak berjalan dari kapal terbang sampai ke terminal dah banyak berjalan. Kehidupan yang aktif juga memainkan peranan,” katanya.

Mengenai kesan dari aspek fizikal, Aishah memberitahu ia bergantung pada individu.

“Macam kalau pesakit itu lebih muda, mungkin metabolik lebih laju macam saya nak masuk 54 tahun mungkin metabolik saya agak lambat.

“Tapi bagi saya macam nak keluar lagu, ia bukan risiko tapi untuk kesihatan. Bagi saya dulu sakit kaki semuanya dah banyak berubah,” katanya.

Foto: IG @aishahjmm

Isteri baru sahaja habis berpantang anak kedua, Black Hanifah idam anak lagi

Isteri baru sahaja habis berpantang anak kedua, Black Hanifah  idam anak lagi

Anak-anak merupakan anugerah dan amanah yang tak ternilai bagi setiap pasangan dan terdapat juga sesetengah pasangan yang gemar untuk memiliki anak yang ramai.

Mungkin itulah yang dirasai oleh penyanyi kacak, Black Hanifah menerusi muat naik terbaru di laman Instagramnya sehingga entri tersebut dikatakan telah menjadi perhatian para pengikutnya.

Daddy okay je tapi Dayyan kena tanya Mommy “Mommy please Dayyan nak adik lagi” 🥰🥳🤣 Salam jumaat..

Menerusi kapsyen pada foto itu, Black mengakui dia sememangnya okey sekiranya dikurniakan anak lagi dan dia seolah-olah menyuruh anak sulungnya, Dayyan untuk menanyakan Cira tentang isu tersebut.

Meskipun tahu penyanyi berusia 30 tahun itu hanyalah berseloroh, ramai peminat meninggalkan komen pada foto tersebut memandangkan Cira kini baru sahaja tamat tempoh berpantang.

Black dan Cira mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Khaleef Dayyan, 3 dan Rindu Dayana, 2 bulan.

Sumber : IG Black Hanifah

Tahniah,Demi Cinta Akhirnya Siti Nordiana Menerima Lamaran Ezad untuk Bersama hingga ke akhir hayatnya

Tahniah,Demi Cinta Akhirnya Siti Nordiana Menerima Lamaran Ezad untuk Bersama hingga ke akhir hayatnya

PELANTUN lagu Demi Cinta, Ezad Lazim yang merasa selesa dan serasi dengan Siti Nordiana (Nana) berhasrat untuk ‘melamar’ bekas juara program realiti Gegar Vaganza musim kedua (GV2) itu.

Hasrat itu dizahirkan oleh Ezad atau nama penuhnya, Mohd Rohaizad Mohd Lazim demi melengkapkan pembikinan album mininya yang bakal dilancarkan tahun hadapan.

Disamping itu, Ezad juga menjelaskan ianya bertujuan untuk memenuhi permintaan daripada kalangan peminat mereka sendiri yang ingin melihat gandingannya dengan Nana.

“Memang banyak permintaan yang mahu kami bergandingan. Perkara ini sudah saya usulkan kepada Nana dan dia memberikan lampu hijau. Nana memiliki bakat dan kualiti vokal yang baik, malah saya optimis gabungan suara kami akan menghasilkan kerjasama yang membanggakan,” katanya kepada BH online.

Tambah bekas vokalis Exist ini lagi, keserasian itu tercipta selepas mereka sama-sama menyertai GV2. Malah kerjaya nyanyiannya juga menunjukkan peningkatan selepas menyertai program realiti itu.

“Saya berharap dapat mencipta lebih banyak kejayaan pada tahun depan. Alhamdulillah, tahun ini lagu Demi Cinta yang saya hasilkan bersama Mohd Yassin dan lirik Iman Imran meninggalkan impak tersendiri kepada perjalanan kerjaya saya.

“Sebelum ini, hampir lima tahun saya terkapai-kapai mencari arah apabila beberapa single yang dihasilkan tidak mendapat perhatian,” tutur Ezad penuh rasa syukur.

Bekas juara Gegar Vaganza musim ke-2, Siti Nordiana kini sudah bersedia untuk berkongsi kebenaran di sebalik krisis rumah tangga sehingga menyebabkan dia bercerai dengan bekas suaminya, Allahyarham Faizal Yusup.

Dipetika dari Utusan Online, Nana berkata sehingga hari ini, belum ada seorang pun benar-benar tahu punca sebenar mereka berdua bercerai setelah selama lebih tiga tahun bersama. Nan dan Faizal bernikah pada 29 April 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Nakhaie yang lahir pada 21 Mac 2008.

Mengenangkan kembali kisah perceraian ini, Nana akui berasa sangat sedih. Selepas pemergian arwah ke rahmatullah pada 1 Januari 2011, dialah individu tunggal yang mengetahui kisah dalam kelambu perkahwinan mereka.

“Saya berasa amat hiba dan sebak tatkala mengingat kembali masa lalu. Saya tidak sangka akan tempuhi dugaan seberat itu dan Alhamdulillah, berjaya juga laluinya.”

Akhirnya Nana telah meluahkan isi hatinya dengan menerbitkan buku biografi berjudul Life Goes On yang dilancarkan baru-baru ini. Seperti dikatakan oleh Nana, buku itu adalah hasil nukilannya sendiri biarpun bersedih mengenangkan memori suka duka yang dilalui sewaktu hidup di samping Faizal.

“Sebanyak 80 peratus rahsia rumah tangga yang disimpan rapi selama ini, turut saya kongsikan. Bakinya tidak perlu didedahkan demi menjaga hati banyak pihak termasuk keluarga bekas mentua,” katanya.

Apakah yang terkandung dalam buku ini? Dapatkan segera di kedai-kedai buku yang berhampiran. Kami berharap perkongsian Nana ini memberi manfaat serta inspirasi kepada orang lain.

PENYANYI Siti Nordiana melalui kehidupan berliku untuk menampung kehidupan dia dan anaknya sebelum mendapat peluang kedua sebagai penyanyi.

Siti Nordiana, 34, atau lebih mesra dipanggil Nana berkata, dia pernah berasa putus asa dengan kerjaya dan berniaga di pasar-pasar malam.

“Saya pernah rasa putus asa dengan kerjaya kerana buat apa sahaja tak menjadi sampai saya pernah pakai seksi untuk pelancaran lagu pun tak menjadi.

Buku yang menceritakan kisah Siti Nordiana.

“Masa tu saya rasa memang sudah tiada ruang lagi buat saya salam industri. Saya berniaga pasar malam dan di bawah-bawah flat untuk meneruskan kehidupan,” ujarnya kepada mStar Online.

Penyanyi lagu Terus Mencintai ini ditemui pada majlis sidang media konsert Sayangi Malaysiaku yang diadakan di Kementerian Belia Dan Sukan, Putrajaya.

Pelakon Dia Semanis Honey ini berkongsi kisah kehidupannya menerusi buku berjudul Life Goes On.

Katanya, dia mengambil masa selama dua tahun untuk menyiapkan buku berkenaan.

Dalam pada itu, Siti Nordiana berkata, dia juga berkongsi foto-foto peribadinya yang tidak pernah dimuat naik di laman sosial.

“Banyak foto lama masa saya susah dulu ketika menyanyi di funfair dan bersama arwah suami (Mohd. Faizal Yusp) ada dalam buku itu.

Siti Nordiana

“Saya harap apa yang saya ceritakan dapat memberi inspirasi kepada wanita yang senasib dengan saya. Apa yang mereka perlu lakukan apabila berasa putus asa dengan kehidupan,” ujarnya.

Sementara itu, Siti Nordiana berkata, dia mendapat reaksi positif daripada pembaca yang sudah membaca buku berkenaan.

Malah, katanya, ramai yang memberi mesej peribadi berkongsi kisah yang sama.

“Ada yang sudah beli dan mesej saya berkongsi kisah mereka pula. Ada yang minta pandangan dan mendapat manfaat daripada kisah saya itu,” ujarnya.Buku Life Goes On terbitan Must Read itu akan dilancarkan di MPH pada Sabtu ini.

Sumber – Hangat.com

Cair Terus, Kena Kumpul Duit Kahwin Cepat

Cair Terus, Kena Kumpul Duit Kahwin Cepat

Cair Terus, Kena Kumpul Duit Kahwin Cepat – Reaksi Syafie Naswip Bila Kekasih Sarung Busana Pengantin

Usikan pelakon Polis Evo 2, Syafie Naswip terhadap kekasihnya aktres, Aishah Azman yang menyarung busana pengantin mendapat perhatian peminat.

Syafie meninggal komen ‘nakal’ itu menerusi foto terbaru yang dimuat naik Aishah menerusi akaun Instagramnya semalam.

Foto itu merakamkan Aishah yang kelihatan begitu cantik menggayakan busana pengantin berona putih rekaan Zamrimatouch.

“Oh my… Cair terus… Kena kumpul duit kahwin cepat ni,” usiknya.

Komen Syafie itu kemudiannya dibalas Aishah dengan menggunakan emoji love.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen yang sama peminat mula menyatakan rasa tidak sabar dan berharap pelakon lelaki itu segera melamar teman wanitanya.

“@syafienaswip semoga urusan kamu berdua dipermudahkan. Aamiin,” komen @_neejaaaaa

“@syafienaswip omg Aameen semoga dipercepatkan,” tulis @cikkusyaaa31

“@syafienaswip Cepat sikit! Jgn smpi aku sailang,” coret @benfauzee

Terdahulu, hubungan mesra Syafie dan Aishah menjadi perhatian netizen apabila pasangan itu kerap memuat gambar bersama di laman instagram masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

. . . Setiap hari kita perbaiki diri untuk mencari keserasian, Bukan untuk mencari kesempurnaan. May Allah bless everything 🍁

A post shared by Aishah Azman (@aishahazman8) on

Foto: Instagram @aishahazman8

Ramai Yang Tak Tahu Padahnya Jika Anda Diseng4t Lipan. Cepat Lakukan Tiga Perkara Ini Kalau Diseng4t

Ramai Yang Tak Tahu Padahnya Jika Anda Diseng4t Lipan. Cepat Lakukan Tiga Perkara Ini Kalau Diseng4t

Lipan ini sebenarnya ada di mana-mana sahaja terutamanya di tempat-tempat yang lembab seperti:

Dalam bilik air. Kalau mandi itu, tengok-tengoklah, kot-kot terkejut jumpa lipan. Lari keluar tunggang langgang terlupa tutup aurat.

Bawah almari baju atau katil. Sebelum menutup lampu nak tidur, periksa sama ada anda tidur bersama lipan dalam selimut anda.

Menyorok di dalam kasut. Jadi berhati-hati semasa hendak memakai kasut. Balingkan kaut keluar bila ada benda bergerak-gerak dalam kasut.

Terdapat 1,500 jenis lipan yang berbeza saiz dan warna di seluruh dunia. Mari doktor berikan info sedikkit mengenai sengatan lipan.

Gigitan lipan seperti gigitan ular dengan dua lubang di kawasan gigit. Gigitan lipan hanya sakit di bahagian yang digigit. Malah, serangga itu tidak beracun dan tidak perlulah anda berasa panik. Tenang dan cari lipan itu serta balas dendam dengan bertarung dengannya sehingga terkulai supaya tidak menyengat orang lain.

Bagaimana merawat gigitan lipan? Perlu tahu bahawa sengatan lipan bukanlah toksik dan ia tidak akan membawa kepada maut serta boleh dirawat. Gunakan sabun antiseptik dan air untuk mencuci bahagian yang disengat. Bagi mengurangkan kesakitan, gunakan kompres panas. Dalam kes bengkak, pek ais atau kompres sejuk untuk kurangkan kesakitan itu. Sekiranya kesakitan teramat sangat, makanlah ubat tahan sakit.

Gigitan lipan juga boleh menyebabkan gatal, jadi gunakan krim Hydrocortisone. Antibiotik hanya akan digunakan bila ada infeksi di kawasan gigitan lipan..

Nekrosis atau kematian tisu jika disengat lipan terlalu kuat. Berwaspadalah semua terutamanya pada yang menghidap diabetis. Anda juga dinasihatkan mengambil suntikan tetanus. Jika anda mengalami alahan pada bisa lipan sampai penat lelah dan gatal seluruh badan, suntikan atau makan ubat Antihistamine digalakkan.

Gejala sengatan lipan

Sakit dan bengkak kecil adalah tanda-tanda biasa apabila disengat oleh anak lipan atau lipan pondan. Ia akan terhapus sendiri dalam beberapa jam sahaja. Jika anda disengat oleh lipan bara, gejala teruknya seperti di bawah yang mana anda perlu mendapatkan rawatan segera di hospital:

Jantung berdebar-debar kencang. Rentak jantung boleh menjadi pelahan atau terlalu cepat dan kadar denyutan tidak normal.

Sakit kepala, ketakutan, kebimbangan dan muntah-muntah.

Bengkak nodus limfa.

Kemerahan dan gatal-gatal melarat di seluruh badan.

Nekrosis atau kematian tisu dalam kes teruk.

Cara untuk menghilangkan rasa sakit yang menyucuk-nyucuk akibat gigitan lipan ialah dengan menggunakan tembakau. Ambil sedikit tembakau dan kunyah. Perah airnya di tempat yang terkena gigit. Jika tidak dapat mencari tembakau, boleh juga digantikan dengan asam jawa. Ambil air perahan biji asam jawa dan sapukan ke tempat yang sakit. Lakukannya secara berulang kali.

Cara yang lain juga ialah mencari lipan yang menggigit anda itu. Bunuh dan bakar sehingga menjadi abu. Abunya diambil dan disapukan pada tempat yang terkena gigitan itu.

Berhati hati ketika musim hujan

Apabila Qayyum Dah Besar, Dia Boleh Cari Mak Dia- Nur Shahida

Apabila Qayyum Dah Besar, Dia Boleh Cari Mak Dia- Nur Shahida

Selepas mendengar nasihat dari pengikutnya di Instagram, akhirnya Datin Seri Nur Shahida telah membuat keputusan untuk tidak mahu pulangkan semula Qayyum kepada ibu kandungnya. Terdahulu, ibu kandung Qayyum pernah menyuarakan hasrat untuk meminta semula anaknya menerusi sebuah pesanan kiriman ringkas kepada Shahida.

 

View this post on Instagram

 

Dah dapat kaki dah masing2……mau satu taman @babyterlajaklaris ronda…ni pun semput2 dah mama nak pi ligan😅😅

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Menerusi kenyataannya di Instagram, Shahida membuat keputusan ini demi menjaga perasaan Qayyum. Shahida berkata, selepas Qayyum dewasa kelak, dia akan cari sendiri ibunya yang sebenar. Bagi Shahida, tugasnya adalah untuk membesarkan Qayyum dan memberikan terbaik kepadanya sama seperti anak-anaknya yang lain.

Menerusi entri terbarunya, Datin Shahida telah mencurahkan luahan hatinya dalam kapsyen video tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Qayyum saya tak akan pulang……sebab dia bukan bola,bila x nak dia bagi,bila nak, ambik semula…saya perlu fikirkan perasaan qayyum….bukan perasaan saya dan bukan perasaan mak dia…..bila dah kenal orang dan kemudian saya bg pada orang yg dia x kenali…..saya pun bukan sempurna juga x cukup baik utk jaga qayyum,tapi saya tahu Allah tu lebih pandai menilai…kalau pasal bibik nak jadi kan isu,bukan dia x kenal bibik saya…siapa yg layan dia yg jaga dia waktu di rumah saya,siap bermanja dgn bibik tu…melayan makan minum dia……. . Tapi bila qayyum besar dia boleh cari mak dia sbb dia kena tahu siapa dia dan siapa ibu dia….tugas saya membesar dan mendidik dia,bg yg terbaik utk dia,sama mcm saya didik anak saya,cmm mana saya garang dgn anak saya,mcm mana saya pastikan anak saya dgr cakap….saya akan buat benda yg sama…… . tq for advise semua..saya baca satu2 saya nilai…..inilah yg terbaik…. .

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Sebelum ini Shahida menolak sekeras-kerasnya dakwaan seorang netizen yang mendakwa pembantu rumahnya cuba mendera Qayyum dengan menunjal kepala. Hal itu telah dilihat dalam video yang disebarkan oleh pengguna akaun Instagram @nuralya913. Pada masa sama, Nur Shahida turut menegur gadis tersebut yang didakwa cuba menimbulkan fitnah terhadap pembantu rumahnya itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PAYUNG VIDEO VIRAL untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.