“Doa Yang Baik-Baik” – Aidil Aziz Beri Bayangan Tentang Hubungan Sebenar Dengan Fasha Sandha?

“Doa Yang Baik-Baik” – Aidil Aziz Beri Bayangan  Tentang Hubungan Sebenar Dengan Fasha Sandha?

Pelakon Aidil Aziz seakan-akan  telah memberikan bayangan tentang skandal yang membabitkan dirinya dan aktres cantik Fasha Sandha.

Menerusi entri di Instagram, pelakon lelaki itu memuat naik foto bersama Fasha dengan kapsyen yang meminta peminat mendoakan mereka.

“Doakan yang baik-baik aje,” tulisnya ringkas bersama tanda pagar #dontjudgeabookbyitscover.

 

Doakan yang baik2 aje.😊👍 #dontjudgeabookbyitscover

A post shared by Aidil Aziz (@itsaidilaziz) on

Bagaimanapun, entri itu mengundang lebih ramai reaksi netizen yang teruja menantikan pasangan itu naik pelamin.

Malah, pelakon Aiman Hakim Ridza turut menyakat ‘hubungan’ antara Aidil dan Fasha.

“Ikat tali kasut je? Bila nak ikat ikatan yang sah?” tulis Aiman.

Fasha dan Aidil mulai rapat apabila disatukan menerusi drama bersiri dan telefilem Qalbu sejak April lalu.

Malah, baru-baru ini juga tular sepotong video yang mendakwa pasangan itu berpelukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2).

Fasha sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 namun disahkan bercerai talak satu pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 4, dan Putri Raysha Jemyma, tiga tahun.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @itsaidilaziz, @fashasandha

sumber