FOTO ‘Hadiahlah tiket Piala AFF, jersi kepada Anak-anak’-Rita Rudaini

FOTO ‘Hadiahlah tiket Piala AFF, jersi kepada Anak-anak’-Rita Rudaini

PELAKON popular Rita Rudaini ingin merealisasikan impian dua anaknya menonton perlawanan bola sepak membabitkan bapa mereka yang juga bekas suaminya pemain bola sepak skuad kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak.

Rita berkata, bersempena dengan Piala AFF Suzuki 2018 sedang berlangsung, dia berharap Aidil dapat menghadiahkan tiket menonton perlawanan skuad Harimau Malaya.

“Bukan tidak boleh beli sendiri, tapi lebih manis sekiranya Aidil dapat menghadiahkan tiket serta jersi skuad Harimau Malaya kepada anak-anak. “Saya nak bagi anak-anak rasa dihargai apabila tiket terbabit diberikan oleh bapa mereka sendiri. Saya rasa ia mempunyai nilai sentimental yang tinggi.

“Lagipun anak-anak ada buka mulut nak tengok bapanya beraksi, jadi saya nak realisasikan impian mereka. Saya nak anak-anak bangga dan mengagumi bapanya sendiri berbanding mengidolakan pemain-pemain antarabangsa,” katanya.

Menurut Rita, dia juga ingin menegaskan tidak pernah menghalang bekas suaminya itu bertemu anak apatah lagi memisahkan mereka.“Ramai pihak mempertikaikan yang saya menghalang Aidil daripada berjumpa anak-anak.

“Jadi saya nak buktikan kepada semua orang yang bermulut jahat yang kami tiada masalah dan saya tidak bergaduh dengan Aidil. “Melihat keterujaan anak-anak yang meminati sukan bola sepak dengan begitu mendalam, saya nak bawa anak-anak melihat bapanya beraksi secara langsung,” katanya.

Selain itu Rita berharap dengan memuatnaik gambar ini, tiada lagi spekulasi yang tidak baik terhadapnya dengan Aidil selepas ini.

” Mcm2 spekulasi manusia klau sis up kn pic anak2 sis.. x bg jumpa anak lah, dendaaam sampai anak jd maangsa lah, x bg anak main bola sbb dendaaam kt pak dia lah” Mmm seronok sis baca cerita dongeng rekaan manusia luaq sana….. nah! Sis lanje pic anak beranak. maaf lah pic lama tp ada ‘nilai sentimental’ tau.. “” Pic baru x dak so sis lanje pic lama jerhh… sis x dak masalah pon dgn bekas sis.. kita org x gad0 pon… “” Pandai je manusia2 buat skrip telenovela 7 tahun 7 keturunan, x abis2 cite ‘posh n beckham’ ni.. “” Sampai anak2 sis dah besaq dah.. sis ok je, x dak masalah pon.. kita husnuzon je.. anak2 sis main bola pon sis support… buat apa nk halang cita2 depa… cita2 depa cita2 sis jugak.. “” Ada org kata pulak ‘gigih nk bg ank main bola jugak’ .. lorrr xkan nk bg main masak2 kot… dah depa budak laki.. bola sepak x leh di pisahkan dr budak lelaki… “” Daraaah ka, keturunan ka, kuah ka, nk buat lagu mana da depa minat sis antaq la blajaq… ramai jugak dok komen klau upload pic ank, ‘muka bapak sgt’ .,. “” Kompom laa muka bapak.. dah hasil tuai dr ‘AI+RIT’ … x kan kluaq muka brat pitt pulak.. “” Lps ni jgn pulak kata bila sis up pic ni, kata plak sis x hormat pihak sana pula ..nk buat lagu mana dah DNA pak depa.. xsalah lah sis boh pic depa anak beranak.. “” Sis xde masalah dgn Daddy ryan n juna.. harap lps ni xdak lah nk pertikai sis x bg itu ini ye… “” Tak kan smua sis nk cite kt korg …. Xpe nnti 1day mommy bwk tgk Daddy game ye. @airitqaqa727 n @airitryan727 tggu Daddy bg tiket #sislanje.. “

Rata-rata peminat memberi semangat kepada Rita. Antara komen-komen peminat : Alahai sis.. U memang hebat.. Klo sis x tentu sis boleh move on ke x.. Anyway u hebat sis!!

Walaupun sis explain panjang, conclusion dier pendek jer. “Bawang”. Silap2 sis post pepanjang ni pun harey dorang nk bace punyer… Lantak pi lah depa2 nih. Orang problem Hati ni memang effect dier kat Otak pun sis… Just Live Happy Life sis. Kiter doa yg baik2 jer utk sis Ritrud k… 

All my Prayers goes tu you beloved sis. Hat Ni sempoi… Biaq p Kat depa nk kta lagumana pon…. Suka tgk Rita besaq ank2…. Admire sgt

great mom and women! tahniah kak rita.. manusia xkan pernah puas. menghakimi org lain kalah dia mcm yg Maha Pencipta..moga akak dan anak² sentiasa bahagia dgn kehidupan.. Sis rita very strong n positiv..semoga ank2 mmbesar dgn sihat dan hebat..

Rita berkahwin dengan Aidi Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 5 September 2013.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin,9, dan Airit Qaha Arjuna, 7, yang kini bawah jagaan Rita.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PAYUNG VIDEO VIRAL untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

sumber:Metro online

sumber