Isteri & anak meninggal dunia,inilah luahan hati penjaga gol N9 ini memang sebak

Isteri & anak meninggal dunia,inilah luahan hati penjaga gol N9 ini memang sebak

Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah situasi yang dialami oleh penjaga gola skuad Negeri Sembilan, Mohd Kaharuddin yang telah kehilangan isteri dan anaknya buat selama-lamanya.

Berita ini disampaikan menerusi akaun twitter persatuan pemain bola sepak, @pfamalaysia yang telah memuat naik tweet dengan mengucapkan takziah kepada Kaharuddin dan mendoakan agar beliau tabah menempuh dugaan ini.

Pemergian kedua ahli keluarga pemain bola sepak berusia 27 tahun sangat menyedihkan apabila isterinya meninggal dunia selepas melahirkan anak.

Lebih menyedihkan lagi dua hari sebelum itu, anaknya telah meninggal dunia akibat komplikasi.

Selepas beberapa hari kehilangan kedua ahli keluarganya, Kaharuddin telah meluahkan rasa rindu yang terpendam dalam hatinya menerusi Insta Storynya dengan mengatakan ketika dia sedang memejam mata, sedang makan, bangun tidur, lihat anak pertamanya pasti akan ternampak bayangan isterinya.

Walau bagaimanapun, beliau kelihatan redha dan tabah apabila memuat naik lagi Insta Story mengatakan dia berterima kasih kepada yang memberi nasihat dan menitipkan doa buat keluarga kecilnya.

Tidak ketinggalan, netizen turut mengucapkan tahziah dan turut berasa sedih dengan kehilangan isteri dan anak beliau. Malah, ada juga mengatakan mereka tidak dapat bayangkan sekiranya berada di situasi Kaharuddin sekarang ini.

Sumber : PFA Malaysia

like juga page kami difacebook @payung video viral

sumber