Isteri baru sahaja habis berpantang anak kedua, Black Hanifah idam anak lagi

Isteri baru sahaja habis berpantang anak kedua, Black Hanifah  idam anak lagi

Anak-anak merupakan anugerah dan amanah yang tak ternilai bagi setiap pasangan dan terdapat juga sesetengah pasangan yang gemar untuk memiliki anak yang ramai.

Mungkin itulah yang dirasai oleh penyanyi kacak, Black Hanifah menerusi muat naik terbaru di laman Instagramnya sehingga entri tersebut dikatakan telah menjadi perhatian para pengikutnya.

Daddy okay je tapi Dayyan kena tanya Mommy “Mommy please Dayyan nak adik lagi” 🥰🥳🤣 Salam jumaat..

Menerusi kapsyen pada foto itu, Black mengakui dia sememangnya okey sekiranya dikurniakan anak lagi dan dia seolah-olah menyuruh anak sulungnya, Dayyan untuk menanyakan Cira tentang isu tersebut.

Meskipun tahu penyanyi berusia 30 tahun itu hanyalah berseloroh, ramai peminat meninggalkan komen pada foto tersebut memandangkan Cira kini baru sahaja tamat tempoh berpantang.

Black dan Cira mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Khaleef Dayyan, 3 dan Rindu Dayana, 2 bulan.

Sumber : IG Black Hanifah