Lima Pasangan Artis Malaysia Bercerai Di Tahun 2018

Lima Pasangan Artis Malaysia Bercerai Di Tahun 2018

Menerusi sumber yang dipetik daripada halaman utube Wow Malaysia, banyak artis kahwin dan menjadi pasangan baharu. Pasangan artis yang tadinya rapat kini pada 2018 malah cerai. Inilah 5 pasangan suami isteri artis Malaysia yang cerai pada 2018.

Ziana Zain – Armin Zaharin

Pada 9 Mei 1998, Ziana zain menamatkan zaman solonya dengan kekasih hati yang dikenali beliau sewaktu sama-sama bekerja di MAS. Jejaka bertuah tersebut, Armin Zaharin Ahmad Zambri yang merupakan ketua pramugara di Malaysia Airlines System, MAS. Perkahwinan tersebut telah berwalikan bapa Ziana sendiri, Zain Abdullah. Lebih 10 000 peminat telah membanjiri perkarangan rumah Ziana di Shah Alam semata-mata ingin melihat diva ini secara dekat.

Malah bapa Ziana terpaksa memesan makanan tambahan untuk hadirin yang hadir. Sehari sebelum menjelang hari bahagianya, Ziana masih sempat menghadiahkan peminatnya dengan sebuah konsert yang dipancarkan secara langsung dari PWTC. Ramai tokoh-tokoh kehormat hadir pada konsert tersebut untuk mengucapkan tahniah pada Ziana Zain. Perkahwinan Ziana juga mendapat liputan rancangan hiburan paling popular, Melodi TV3 dan beberapa rancangan hiburan lain.

Ziana juga telah dikurniakan sepasang kembar yang diberi nama Muhammad Airil dan Siti NurQaseh selepas dua lagi anaknya, Muhammad Aiman dan Muhammad Amar.

Pada Mei 2018, suaminya Armin Zaharin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, pada 6 Mac, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya, pada 25 Februari. Perkahwinan mereka selama 20 tahun secara rasminya berakhir apabila Armin melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.

Ude Wahid – Intan Liana

“Saya bukan wanita terbaik untuk Ude dan dia sudah jumpa yang lebih baik untuk dirinya. Saya doa yang terbaik untuknya pada masa mendatang.”

Begitulah luahan isteri pertama pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, Intan Liana Saleh, ketika berkongsi perkembangan status rumah tangganya bersama lelaki terbabit, yang juga suami kepada pelakon, Izreen Azminda.

Pernah membuat keputusan rela bermadu dengan aktres itu sebelum ini, namun Intan kini mengaku dirinya reda dengan apa saja ketentuan takdir dan keputusan dilakukan suaminya, termasuk perpisahan.

Natasha Hudson – Carleed Khaza

Selepas tiga kali gagal dalam perkahwinan, pelakon Natasha Hudson dilaporkan melangsungkan pernikahan buat kali keempat dengan seorang usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada Jumaat malam.

Pasangan itu memilih untuk disatukan di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri kaum keluarga dan rakan terdekat pasangan itu.Adik pelakon itu, Tania Hudson turut memuat naik beberapa gambar pada majlis tersebut di Instastory, selain mengucapkan tahniah kepada kakak kesayangannya itu.

“Kepada kakak saya yang cantik, saya akan sentiasa berada di sisi kamu tidak kira apa pun,” tulisnya.Pada Oktober lalu, Natasha atau Natasha Liana Hudson 36, mengakui sudah bercerai dengan bekas suami, Carleed Khaza atau Khalid Kamal yang dinikahinya pada April 2012.

Sepanjang enam tahun berkahwin, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah. Sebelum itu, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat bulan.

Aktres itu kemudiannya melangsungkan perkahwinan dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 namun rumah tangga itu hanya bertahan selama dua tahun.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Neesa Helena.

Bella Dally – Nazim Othman

Pada petang 1 Ramadan, Nazim dan Bella mengejutkan peminat apabila memaklumkan mereka sudah pun bercerai dan keputusan itu dibuat secara bersama.

Bella menerusi Instagramnya pula memberitahu mereka telah melakukan yang terbaik namun menganggap tiada jodoh di antara mereka.Pasangan itu berkahwin pada 10 September 2016 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Nazim turut memuat naik bait-bait lagu berjudul Thing I Can’t Do For You oleh Park Hyo Shin yang dinyanyikan oleh salah seorang peserta program I Can See Your Voice.Nyanyian syahdu peserta perubatan itu yang dikongsi Nazim turut menggambarkan perasaannya ketika ini.

Lirik tersebut berbunyi; If we just erased what happened today, nothing has changed between us because I won’t make you tired anymore. (Jika kita dapat padam apa yang terjadi hari ini, tiada ada apa yang akan berubah di antara kita kerana aku tidak mahu buat kamu letih lagi).

Ruang komen aktres itu dipenuhi dengan kata-kata semangat agar dia tabah mengharungi perpisahan dengan Nazim dan tidak kurang juga ada yang berharap agar pasangan itu kembali rujuk.

Amelia Henderson – Tunku Harun

Pelakon kacukan India-Scotland itu berkata, Amelia Henderson sudah berpisah dengan Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar pada tahun ini.Amelia bagaimanapun enggan enggan berkongsi tarikh sebenar dia dan bekas suami membawa haluan masing-masing.

Pelakon yang popular menerusi drama, Jangan Benci Cintaku itu berkata, sudah tiba masa untuk dia membuka mulut daripada membiarkan netizen terus ‘membawang’ cerita yang tidak benar.

“Perkahwinan kami terlerai di pertengahan jalan adalah ketentuan Tuhan. Mungkin ada yang menganggap saya bercerai kerana berkahwin pada usia muda dan tidak matang, tetapi orang dewasa juga ada yang berpisah. Semua itu takdir yang tercatat dalam perjalanan hidup saya,” katanya.Amelia mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 selepas setahun setengah menjalin hubungan cinta. Perkahwinan yang terlerai itu bagaimanapun, tidak dikurniakan cahaya mata.

“Mungkin jodoh saya tidak kekal, tetapi Tuhan menggantikannya dengan rezeki lakonan yang melimpah-ruah.

“Saya dan bekas suami membuat keputusan untuk berpisah bersama-sama. Ia dilakukan dengan tenang, biarpun keputusan itu bukan mudah. Saya harus pandai mengawal perasaan untuk menjaga hati keluarga kedua-dua pihak,” katanya.Amelia berkata, tumpuannya kini beralih semula kepada kerjaya lakonan yang ditinggalkan sejak 10 tahun lalu. Dia yang kembali sejak awal tahun ini mengakui, terkejut dengan penerimaan pengarah dan produser.

“Saya kembali berlakon bukan kerana sudah bercerai, tetapi sudah tiba masanya saya meneruskan perancangan yang tertangguh. Apa yang terjadi dalam kehidupan peribadi, tiada kena mengena dengan kerjaya. Syukur, saya diterima semula.

Jom Lihat Video Dibawah :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PAYUNG VIDEO VIRAL untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber : utube wow malaysia