“Muka dah tak cantik, perangai buruk pula tu”- Intan Najuwa

“Muka dah tak cantik, perangai buruk pula tu”- Intan Najuwa

PELAKON Intan Najuwa berkongsi pengalamannya ketika berdepan dengan perempuan yang melakukan cubaan untuk merosakkan hubungan pasangan lain.

Intan atau nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid, 21, meminta wanita yang pernah menjadi mangsa golongan tersebut supaya tidak berasa kecil diri dan terasing.

“Jangan rasa bersaing, anggap mereka tu bawah tapak kaki kita je, perempuan macam tu memang desperate, main layan semua lelaki.Saya serius tak tahu kenapa terdesak sangat, perempuan macam ni tak perlu dilayan.

Intan berkongsi mengenai perempuan kaki rampas di Instagram miliknya.Daripada pengalaman saya, apa yang terjadi depan mata, perempuan itu dah lah muka tak cantik, lepas itu perangai buruk pula tu,” tulisnya.

Pelakon drama Kekasih Paksa Rela ini menjawab pertanyaan seorang pengikut di laman Instastory yang meminta pandangannya mengenai golongan wanita yang suka mendekati kekasih orang.Menerusi perkongsian yang lain pula, Intan turut memberi amaran kepada golongan ‘kaki perampas’ supaya menyedari tindakan mereka itu salah.

Intan bersama teman lelakinya.

Malah, dia berasakan apa yang dilakukan oleh golongan berkeaan tidak membawa sebarang kebaikan dan hanya membodohkan diri semata-mata.

“Kau dah tahu lelaki tu boyfriend orang kenapa kau try hard nak melayan? Macam ni lah, lelaki memang tak cukup seorang, tapi balik-balik nanti cari ketiak isteri atau girlfriend dia.“Kau tu hanya perempuan yang diperbodohkan oleh lelaki untuk pemuas nafsu, sebab tu aku ketawa tengok perempuan-perempuan macam ini.

“Lepas itu dah kantoi, jangan pula kau meroyan serang bini atau girlfriend orang tu, sebab pusing-pusing kau yang salah sebab kacau orang punya,” luahnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PAYUNG VIDEO VIRAL untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber: mstar

sumber