Pelakon Ardell Aryana sakit k4nser tahap 3?

Pelakon Ardell Aryana sakit k4nser tahap 3?

PELAKON Nadzmi Adhwa memberitahu aktres  Cantik Ardell Aryana kini sedang sakit.

Pun begitu, pelakon Hati Perempuan itu tidak memberitahu secara terperinci tentang sakit yang dihidapi oleh Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin.

 

Si pendek yang banyak cakap since 2015 🤮🙄

A post shared by Nadzmi Adhwa Nor Adzmi (@nadzmiadhwa) on

 

 

Terdahulu, Nadzmi, 26, memuat naik video di Instagram miliknya beserta kapsyen panjang lebar tentang kesihatan Ardell, 28, yang bakal menjalani rawatan terapi.

Hasil tinjauan Sinar Harian di ruang komen Nadzmi, netizen memberitahu Ardell kini sedang sakit kanser tahap 3.

Difahamkan netizen mengetahui berita itu ketika Nadzmi membuat Instagram Live (IGLIVE) pada petang tadi.

Usaha Sinar Harian untuk menghubungi Nadzmi selaku teman rapat Ardell bagi mengesahkan tanda tanya sakit yang dialami Ardell menerusi panggilan telefon namun gagal.

Manakala cubaan menerusi WhatsApp turut tiada jawapan selepas Nadzmi menjawab salam.

“Weh @ardellaryana aku tak kira macam mana sekalipun kau kena kuat. Aku tahu kau tengah sakit. Lawan sakit tu jangan mengalah. Kau kata nak tengok aku kahwin kan.

“Kau kena kuat teruskan perjuangan. ALLAH menguji seseorang itu kerana ALLAH SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada ALLAH hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

“Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

“Aku sahabat kau kau pun tahu aku akan selalu ada untuk kau. Kau relax je okay. buat je theraphy tu. kau buat je teraphy walaupun aku tahu sakit kau kena buat. kau kan kuat, kasar, gangster so jangan jadi cry baby macam aku okay.

“Jangan takut pasal theraphy tu badan kau lagi kuat dari besi . kau boleh punya  aku nak kau happy balik macam dalam video ni okay. Korang tolong doakan kesihatan @ardellaryana ya ❤ #MakCikBawang,” coret Nadzmi.

VIDEO:

 

Assalamualaikum 1st of all , i would like to wish “ TERIMA KASIH “ banyak-banyak for all your support on my #YourSoulNeedsMe that i design by myself. Alhamdulillah many Malaysians and Singaporeans love this design and only 15 pieces left from 600 pieces. Syukur because you guys can accept this lovable design. I really appreciate it 🙏🏻 Lots of love me and @alwadelhijab team 🐜🧕🏻 & Inshaallah something adorable and nice is coming to those who love to do leisure and physical exercise ✂️ ( after raya ). And this a short quotes for you guys from me : “ Tidak ada insan suci yang tidak pernah melakukan kesalahan , Dan tidak ada insan berdosa yang tidak mampu untuk berubah “ & tidak ada seorang pun insan yang HINA di dunia ini 🤗. #Hugs 💖 #bekind #Beyourself in whatever you are ☝🏻😊 , don’t worry on what others think about you only Almighty knows what you do💪🏻😄 Keep Going Forward ✍🏻👣.

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on

Untuk rekod, Nadzmi dan Ardell mula rapat semenjak mereka bergandingan menerusi drama Namaku Bedah pada 2015.

Apa kata anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Kongsi Ya. Terima Kasih !!

Sumber: Sinar Harian

sumber