Rambut Macam Kobis? Netizen Kecam Gaya Rambut Raya Scha Alyahya

 

Ada saja yang isu berbangkit jika artis Malaysia berfesyen tatkala umat Islam menyambut Hari Raya. Tidak dinafikan, rata-rata netizen akan memuatnaik gambar raya mereka di laman sosial.

Pada hari raya yang pertama ini, antara gaya raya artis yang menerima tumpuan ramai ialah pelakon dan pengacara popular Scha Alyahya.

Gaya rambut Scha dikritik orang ramai kerana kelihatan tidak terurus atau serabai. Hmm.. itukan fesyen yang tengah popular sekarang!

Pelbagai komen diberikan namun rata-rata kecewa dengan fesyen Scha itu.

Menurut komen netizen, gaya rambut yang dikenakan oleh isteri kepada Awal Ashaari ini agak tidak sesuai kerana kelihatan seperti tidak waras. Namun perkara biasa bila gaya artis menjadi kritikan. Bila bergaya cantik pun kena kritik, tak canrik pun kena kecam. Sememangnya keyboard warrior tidak akan pernah berputus asa untuk meluangkan masa untuk mengkritik artis kegemaran mereka.

Sumber: Hangat.com / Ceritadunia.org

sumber