Sedap Betul Suara Eira Syazira Nyanyi “Live” Di TV Indonesia .

Sedap  Betul Suara Eira Syazira Nyanyi “Live” Di TV Indonesia –

Pelakon, model, dan penyanyi cantik jelita, Eira Syazira mula terlibat dalam bidang muzik apabila lagu pertamanya berjudul ‘Istana Cinta’ yang menjadi tema kepada drama lakonannya Cinta Balqis mencetuskan fenomena dalam industri. Buktinya dia telah berjaya menerbitkan satu album sulung bertajuk ‘Di Hati Ini’ terbitan FGM.

Terbaru, Eira Syazira sedang sibuk dengan jelajahnya ke Jakarta, Indonesia untuk mempromosikan single terbarunya berjudul ‘SAY’ yang mana lagu tersebut telah diputarkan ke semua corong radio di Indonedia secara serentak melibatkan lebih kurang 102 stesen radio yang terlibat.

Melalui perkongsiannya di Instagram, Eira ada memuatnaik satu video nyanyian terbaru lagu ‘SAY’ secara live disebuah rancangan TV di Indonesia iaitu NET. Mediatama. Walalupun sudah lama tidak mengeluarkan album namun Eira telah membuktikan kepada peminatnya dia masih lagi mampu menyanyi.

Malah suaranya yang lunak dan merdu membuktikan lagu dia masih diterima ramai peminat.

Rata-rata netizen memberikan komen memuji apabila mendengar suara Eira Syazira menyanyikan lagu ‘SAY’.

Meletop habis suara Eira Syazira nyanyi lagu ‘SAY’…
VIDEO:

 

#SAY #EiraSyazira #livetvshow #rumpinosecret #transtv @rumpi_ttv 💜

A post shared by E I R A S Y A Z I R A (@eirasyaziraofficial) on

Sumber : IG Eira Syazira

sumber