Shahida Kecewa Apabila Dituduh Pilih Kasih. Ini Penjelasannya

Benarlah telahan kami Apabila sebelum ini dimana kami merasakan anak usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang dilahirkan minggu lalu popularitinya persis selebriti terkenal.
Kontroversi ‘Selebriti Muda’

Manakan tidak,baru sahaja dilahirkan Instagram Yusoff Al-Qardawi kini hampir mencecah 200 ribu pengikut! Malah beberapa kontroversi turut terpalit dengan dirinya bermula saat kelahiran yang dirakam bapanya sehinggalah isu nama menjadi pertikaian daripada netizen. Namun begitu ibunya, Datin Seri Shahida tenang membalas pelbagai persoalan berkenaan.
Shahida Pilih Kasih?

Isu tersebut turut berpanjangan sehingga Shahida terpaksa memuat naik kenyataanya mengenai dakwaan kononnya sejak kelahiran Yusoff, keluarga ini seperti pilih kasih antara anak kandung dan dua orang anak angkat mereka. Segalanya bermula apabila netizen mendakwa kedua-dua anak angkatnya itu hanya dibiarkan tidur di atas tilam nipis sedangkan anak mereka tidur beralaskan pelbagai jenama mewah.

 

Rindu budak bertiga ni waktu kecik… @ammarahyan @baem_adham @qadejah ….kita nak tunjuk je anak2 kita pun dulu tidur kat tilam je……sbb makcik2 bawang ni dok sibuk cakap kita pilih kasih dgn yg berdua tu @babyterlajaklaris …..x pasal2 @yusoffalqardawi yg baru lahir tu dijadikan punca….susahnya nak puaskan hati korang semua….jaga salah x jaga salah……….😔😔 . Jangan merasa diri kita “Baik” walaupun kita selalu sholat 5 waktu serta tepat pada waktunya. Jangan merasa diri kita “Baik” walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai yang disedekahkan. Jangan merasa diri kita “Baik” walaupun hari-hari kita memberi nasihat dan teguran kpd orang lain yang berbuat salah. Jangan merasa diri kita “Baik” walaupun kita sudah pakai jubah, bersorban, dan menutup aurat dengan sempurna. Jangan merasa diri kita “Baik” walaupun setiap malam kita jaga sholat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunnah lain. Jangan merasa diri kita “Baik” walaupun hari-hari kita ke masjid atau musholla untuk beribadah dan menambah ilmu. Jangan merasa diri kita “Baik” walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah. Jangan merasa diri kita “Baik” walaupun setiap saat kita menolong orang lain. Allah berfirman didalam al-Quran, surah an-Najm ayat 32: فلا تُزٓكُّوْا آنْفُسٓكُمْ هُوٓ آعْلٓمُ بِمٓنْ اتّٓقٓى “Janganlah kamu menganggap diri kamu suci (orang baik) karena Allah-lah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa Aisyah (ra) ditanya orang “Siapakah orang yang buruk?” dijawab olehnya “yaitu orang yang merasa dirinya baik”. Beliau ditanya lagi “Siapakah orang yang baik?”, maka dijawab “yaitu orang yang merasa dirinya buruk”.

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Bagi Shahida, dia sama sekali tidak mengamalkan sikap berkenaan malah ketika ketiga-tiga anak kandung mereka masih kecil, tilam seumpama itu juga menjadi alas untuk mereka tidur. Malah kami juga mendapati keluarga ini begitu menyayangi kesemua anak mereka tanpa mengira status.

Sumber: Hangat.com

sumber