Tahniah,Demi Cinta Akhirnya Siti Nordiana Menerima Lamaran Ezad untuk Bersama hingga ke akhir hayatnya

Tahniah,Demi Cinta Akhirnya Siti Nordiana Menerima Lamaran Ezad untuk Bersama hingga ke akhir hayatnya

PELANTUN lagu Demi Cinta, Ezad Lazim yang merasa selesa dan serasi dengan Siti Nordiana (Nana) berhasrat untuk ‘melamar’ bekas juara program realiti Gegar Vaganza musim kedua (GV2) itu.

Hasrat itu dizahirkan oleh Ezad atau nama penuhnya, Mohd Rohaizad Mohd Lazim demi melengkapkan pembikinan album mininya yang bakal dilancarkan tahun hadapan.

Disamping itu, Ezad juga menjelaskan ianya bertujuan untuk memenuhi permintaan daripada kalangan peminat mereka sendiri yang ingin melihat gandingannya dengan Nana.

“Memang banyak permintaan yang mahu kami bergandingan. Perkara ini sudah saya usulkan kepada Nana dan dia memberikan lampu hijau. Nana memiliki bakat dan kualiti vokal yang baik, malah saya optimis gabungan suara kami akan menghasilkan kerjasama yang membanggakan,” katanya kepada BH online.

Tambah bekas vokalis Exist ini lagi, keserasian itu tercipta selepas mereka sama-sama menyertai GV2. Malah kerjaya nyanyiannya juga menunjukkan peningkatan selepas menyertai program realiti itu.

“Saya berharap dapat mencipta lebih banyak kejayaan pada tahun depan. Alhamdulillah, tahun ini lagu Demi Cinta yang saya hasilkan bersama Mohd Yassin dan lirik Iman Imran meninggalkan impak tersendiri kepada perjalanan kerjaya saya.

“Sebelum ini, hampir lima tahun saya terkapai-kapai mencari arah apabila beberapa single yang dihasilkan tidak mendapat perhatian,” tutur Ezad penuh rasa syukur.

Bekas juara Gegar Vaganza musim ke-2, Siti Nordiana kini sudah bersedia untuk berkongsi kebenaran di sebalik krisis rumah tangga sehingga menyebabkan dia bercerai dengan bekas suaminya, Allahyarham Faizal Yusup.

Dipetika dari Utusan Online, Nana berkata sehingga hari ini, belum ada seorang pun benar-benar tahu punca sebenar mereka berdua bercerai setelah selama lebih tiga tahun bersama. Nan dan Faizal bernikah pada 29 April 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Nakhaie yang lahir pada 21 Mac 2008.

Mengenangkan kembali kisah perceraian ini, Nana akui berasa sangat sedih. Selepas pemergian arwah ke rahmatullah pada 1 Januari 2011, dialah individu tunggal yang mengetahui kisah dalam kelambu perkahwinan mereka.

“Saya berasa amat hiba dan sebak tatkala mengingat kembali masa lalu. Saya tidak sangka akan tempuhi dugaan seberat itu dan Alhamdulillah, berjaya juga laluinya.”

Akhirnya Nana telah meluahkan isi hatinya dengan menerbitkan buku biografi berjudul Life Goes On yang dilancarkan baru-baru ini. Seperti dikatakan oleh Nana, buku itu adalah hasil nukilannya sendiri biarpun bersedih mengenangkan memori suka duka yang dilalui sewaktu hidup di samping Faizal.

“Sebanyak 80 peratus rahsia rumah tangga yang disimpan rapi selama ini, turut saya kongsikan. Bakinya tidak perlu didedahkan demi menjaga hati banyak pihak termasuk keluarga bekas mentua,” katanya.

Apakah yang terkandung dalam buku ini? Dapatkan segera di kedai-kedai buku yang berhampiran. Kami berharap perkongsian Nana ini memberi manfaat serta inspirasi kepada orang lain.

PENYANYI Siti Nordiana melalui kehidupan berliku untuk menampung kehidupan dia dan anaknya sebelum mendapat peluang kedua sebagai penyanyi.

Siti Nordiana, 34, atau lebih mesra dipanggil Nana berkata, dia pernah berasa putus asa dengan kerjaya dan berniaga di pasar-pasar malam.

“Saya pernah rasa putus asa dengan kerjaya kerana buat apa sahaja tak menjadi sampai saya pernah pakai seksi untuk pelancaran lagu pun tak menjadi.

Buku yang menceritakan kisah Siti Nordiana.

“Masa tu saya rasa memang sudah tiada ruang lagi buat saya salam industri. Saya berniaga pasar malam dan di bawah-bawah flat untuk meneruskan kehidupan,” ujarnya kepada mStar Online.

Penyanyi lagu Terus Mencintai ini ditemui pada majlis sidang media konsert Sayangi Malaysiaku yang diadakan di Kementerian Belia Dan Sukan, Putrajaya.

Pelakon Dia Semanis Honey ini berkongsi kisah kehidupannya menerusi buku berjudul Life Goes On.

Katanya, dia mengambil masa selama dua tahun untuk menyiapkan buku berkenaan.

Dalam pada itu, Siti Nordiana berkata, dia juga berkongsi foto-foto peribadinya yang tidak pernah dimuat naik di laman sosial.

“Banyak foto lama masa saya susah dulu ketika menyanyi di funfair dan bersama arwah suami (Mohd. Faizal Yusp) ada dalam buku itu.

Siti Nordiana

“Saya harap apa yang saya ceritakan dapat memberi inspirasi kepada wanita yang senasib dengan saya. Apa yang mereka perlu lakukan apabila berasa putus asa dengan kehidupan,” ujarnya.

Sementara itu, Siti Nordiana berkata, dia mendapat reaksi positif daripada pembaca yang sudah membaca buku berkenaan.

Malah, katanya, ramai yang memberi mesej peribadi berkongsi kisah yang sama.

“Ada yang sudah beli dan mesej saya berkongsi kisah mereka pula. Ada yang minta pandangan dan mendapat manfaat daripada kisah saya itu,” ujarnya.Buku Life Goes On terbitan Must Read itu akan dilancarkan di MPH pada Sabtu ini.

Sumber – Hangat.com