“Umur Berapa Mula jadi Kaya? umur 23, saya ada 5 juta”

“Umur Berapa Mula  jadi Kaya? umur 23, saya ada 5 juta”

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan mempunyai wang simpanan sebanyak RM5 Juta ketika usianya baru 23 tahun.

Aliff Syukri mendedahkan perkara tersebut selepas menjawab salah satu soalan menerusi ruangan Ask Me Question di Instagram (IG) Story peribadinya.

Soalannya seperti “Umur Berapa Mula Kaya?”

 

bkn senang nak senang..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Aliff yang mendedahkan jawapan tersebut di entri IGnya memberitahu bukan mudah untuk capai apa yang dia ada sekarang.

“Bukan senang nak senang,” tulisnya

Rata-rata pengikut laman sosialnya kagum dengan pencapaian Aliff kerana tidak ramai anak muda yang boleh berjaya sepertinya.

Foto: IG @aliffsyukri
Palace Aliff Syukri : 12 Fakta Menarik Mengenai Istana Dato Seri Aliff Syukri

 

12 fakta menarik mengenai palace aliff syukri 06 764Kontroversi mahligai jutawan kosmetik terlajak laris, Dato Seri Aliff Syukri menjadi tular beberapa bulan lalu disebabkan belum siap walaupun sudah bertahun-tahun dibina.

Selepas 4 tahun dibina, tanggal 3 April 2018, beliau telah mempersembahkan rumah agam beliau untuk tontonan khalayak ramai yang dilakukan dengan meraikan hari ulang tahun beliau yang ke-31.

12 fakta menarik mengenai palace aliff syukri 0 36512 fakta menarik mengenai palace aliff syukri 07Dengan ini, iluminasi.com ingin berkongsi 12 fakta menarik mengenai “Palace Aliff Syukri” yang akan membuatkan anda ternganga dan geleng kepala.

1. Palace Aliff Syukri dibina di atas tanah berkeluasan hampir 40,000 kaki persegi yang dibelinya pada tahun 2015, terletak di Petaling Jaya. Ketika majlis ini dilangsungkan, hanya 80% daripada mahligai ini sahaja yang siap.

Jika dihitung, saiz mahligai ini adalah 40 kali ganda saiz apartment berkeluasan 1,000 kaki persegi.

12 fakta menarik mengenai palace aliff syukri 22. Walaupun ia hanya mempunyai 3 tingkat, namun jumlah bilik dalam mahligai ini adalah sebanyak 30 bilik. Bilik-bilik ini termasuklah bilik tidur utama, bilik tidur tetamu, bilik makan, gimnasium, bilik kebal, surau, bilik kasut, bilik beg, bilik solek dan macam-macam lagi.

Apa yang menariknya adalah setiap bilik tidur mempunyai tandas sendiri. Bilik kasut beliau tersimpannya 1,500 pasang kasut Dato Aliff sahaja.

12 fakta menarik mengenai palace aliff syukri 4 18
Gambar: Perabot custom made dari Versace

3. Juga terdapat bilik untuk berhibur iaitu pawagam mini dan bilik karaoke mini. Bilik pawagam di Palace Aliff Syukri direka bentuk dan dihasilkan sendiri oleh pihak TGV.

4. Sebanyak 3 kontena diperlukan untuk memindahkan perabot-perabot custom made dalam mahligai ini yang terdiri daripada jenama terkemuka dunia dan kebanyakannya diimport dari luar negara termasuklah Itali, Sepanyol, London dan Jakarta.

Antaranya adalah kerusi agam berjenama Fendi dan perabot berjenama Versace, serta set cawan Versace. Hanya 3 unit perabot Versace seperti dalam gambar dihasilkan di dunia. Peti ais beliau juga dihasilkan secara custom made.

12 fakta menarik mengenai palace aliff syukri 02 668Gambar: Taman gabungan konsep Arab dan Itali menghiasi Palace Aliff Syukri

12 fakta menarik mengenai palace aliff syukri 01Gambar: Dato Seri Aliff Syukri bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida

12 fakta menarik mengenai palace aliff syukri 3Gambar: Antara salah satu lampu gantung di istana ini

5. Kos keseluruhan untuk menghasilkan rumah ini tidak didedahkan, namun dalam beberapa video beliau memberitahu rumah ini dibina dengan kos RM20 juta.

6. Fasiliti lain di mahligai ini adalah ruangan bawah tanah, bilik kucing, lif, taman, kolam renang dan juga rumah tetamu. Taman mahligai ini yang begitu cantik merupakan gabungan konsep dari Arab dan Itali, dan dihiasi dengan pokok kurma.

7. Menurut Dato Seri Aliff, tujuan membina mahligai bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, tetapi merupakan impian sejak berusia 16 tahun lagi apabila mula-mula berniaga. Beliau berkata beliau mahukan satu “tugu” untuk dilihat di masa tua nanti sebagai simbol hasil kerja keras beliau.

12 fakta menarik mengenai palace aliff syukri 1 98812 fakta menarik mengenai palace aliff syukri 218. Idea menghasilkan rumah ini diperoleh ketika beliau bertandang ke istana ketika berusia 23 tahun untuk menerima pangkat darjah kebesaran yang memberikan gelaran Dato. Menurutnya, beliau ingin menjadi anak raja, tetapi hakikatnya beliau bukan anak raja, dan berhasrat membina istana sendiri.

9. Palace Aliff Syukri direka oleh pereka dalaman peribadi beliau yang belajar di Amerika Syarikat dan berpengalaman selama 30 tahun. Mahligai ini dibina menggunakan konsep “royal modern classic”.

12 fakta menarik mengenai palace aliff syukri 33 116Gambar: Antara salah satu bilik tetamu

bilik utama 12 fakta menarik mengenai palace aliff syukri 09Gambar: Dato Seri Aliff dalam bilik utamanya

10. Antara konsep menarik adalah bilik makan seperti yang dibina seperti rumah jutawan arab. Terdapat juga bilik yang ditiru daripada rumah penyanyi antarabangsa terkenal, Celine Dion, pelakon Bollywood Shah Rukh Khan dan juga Sultan Brunei,

11. Tangga utama mahligai ini diambil dari konsep Hotel Renaissance Kuala Lumpur dan tiang-tiang di hadapan bahagian rumah ini berkonsepkan seperti Hotel St. Regis.

Kontraktor yang bertanggungjawab menghasilkan mahligai ini adalah kontraktor yang sama membina Hotel Mandarin Oriental KL.

tombol sinki swarovski bernilai rm100 000 12 fakta menarik mengenai palace aliff syukri 2Gambar : Tombol sinki bilik air kristal Swarovski asli berharga RM100,000

lampu chandelier utama 12 fakta menarik mengenai palace aliff syukriGambar: Lampu chandelier bernilai RM1 juta dari Itali

bilik kasut aliff syukri 12 fakta menarik mengenai palace aliff syukri 0 53
Gambar: Bilik kasut menempatkan kira-kira 1,500 pasang kasut Dato Aliff sahaja

12. Antara barangan yang berharga tak masuk akal dan mampu membuatkan anda ternganga adalah tombol sinki bilik air mahligai ini yang merupakan kristal Swarovski dari Rusia yang berharga RM100,000.

Dan yang paling dahsyat adalah lampu kandil atau chandelier yang terletak di tangga utama mahligai ini, ditempah selama setahun dari Itali, dengan harga RM1 juta.

Kredit- iluminasi