VIDEO Enam anggota bomba l3mas di lombong

VIDEO Enam anggota bomba l3mas di lombong

PUCHONG –[VIDEO] Seramai enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) lemas ketika terlibat dalam dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman berkata, ketika kejadian keenam-enam anggota berkenaan berjaya dinaikkan ke darat namun disahkan m#ninggal dunia.

Kesemua mangsa m##ut dalam operasi mencari dan menyelamat seorang remaja berusia 17 tahun yang dipercayai l#mas selepas terjatuh ke dalam lombong berkenaan petang tadi, kira-kira pukul 5.50 petang.“Bagaimanapun, mangsa remaja lelaki yang terjatuh masih belum ditemui,” katanya menerusi kenyataan media.
6 bomba lemas dikenal pasti

EMPAT bomba yang l#mas ketika operasi menyelamat remaja di lombong di Puchong dikenal pasti dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan BBP Shah Alam.Empat anggota BBP Pelabuhan Klang iaitu Mohd Fatah Hashim, 34: Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.Dua lagi, anggota dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Jurucakap bomba Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian l#mas membabitkan seorang remaja lelaki, pada jam 5.19 petang tadi.“Seramai 10 anggota bersama dua jentera dari BBP Cyberjaya dan Shah Alam dikerahkan ke lokasi kejadian selain dibantu beberapa anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang.

“Bagaimanapun, ketika operasi SAR, enam anggota PPDA terbabit dilaporkan l#mas sebelum semua mangsa dibawa naik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.Katanya, pasukan perubatan yang berada di lokasi memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada semua mangsa.

“Namun, kesemua mangsa disahkan m#3ninggal dunia di lokasi kejadian dan m#y@t mereka dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.Bagaimanapun, remaja lelaki yang dilaporkan l#mas di lokasi berkenaan masih belum ditemui.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PAYUNG VIDEO VIRAL untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber: Sinar via metro

sumber