Video Kasih Sayang Seorang Ayah Netizen Sebak Tonton Keakraban Datuk Fazley Yaakob dengan Dua Anak Lelakinya.

Video Kasih  Sayang Seorang Ayah Netizen Sebak Tonton Keakraban Datuk Fazley Yaakob dengan Dua Anak Lelakinya. –

Sebentar tadi chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob ada memuat naik sepotong video yang menyaksikan dirinya bersama dua anak lelaki menunaikan solat Jumaat di salah sebuah masjid di ibu kota.Kasih Sayang tidak boleh dijual beli, begitulah min dapat simpulkan. Tali Silaturahim haruslah dijaga daripada anak anak kecil, semaikan kasih sayang dan sekaligus akan membentuk masyarakat yang harmoni.

Hidup ni kita kena mudah maafkan orang, jangan berdendam, dan bersangka baik sentiasa. Namun realitinya, ianya agak sukar dilaksanakan, setuju?

Video tersebut antara lainnya turut memaparkan aksi keluarga ini yang baru sahaja selesai menunaikan solat, bersama kapsyen yang menyentuh hati netizen.

Jom Lihat Video Penuh Dibawah Ya :

“Syukur Alhamdulillah, dapat solat Jumaat dengan dua anakanda tersayang Payish dgn Piyash hari ini. Hajat di hati nak dukung dua-dua sekali. Tapi apa kan daya, saya mampu angkat sorang je.

“Biasanya saya akan bantu pakaikan stokin dan juga kasut anak2 walaupun masing2 dah memang boleh pakai sendiri. Saya masih ingat lagi dapat pergi solat Jumaat dengan arwah Bapak sejak saya 5 tahun lagi,” tulisnya.Malah kata Datuk Fazley lagi kalau boleh dia sendiri tidak mahu melepaskan peluang untuk sama-sama menunaikan solat Jumaat bersama dua anak lelakinya itu.

“Kalau boleh, tak nak lepas peluang yang sama setiap Jumaat dgn anak-anak saya juga. @payishpiyashpiyush. Masih ingat bila korang mula ke solat jumaat dengan ayah masing2?,” soalnya sambil diiringi dengan komen pelbagai di kalangan netizen.Ada yang memberikan kata syukur dan tidak kurang yang turut sebak melihat keakraban hubungan di antara mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PAYUNG VIDEO VIRAL untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Foto/Video: Instagram Datuk Fazley Yaakob

sumber