Video Sayu Ardell Aryana berkongsi persoalan perasaan yang kita rasa pada pengikutnya dalam media sosial.

Video  Sayu Ardell Aryana berkongsi persoalan perasaan yang kita rasa pada pengikutnya dalam media sosial.

Penglibatan Ardell dalam bidang seni, bermula secara tidak sengaja. Ketika itu, beliau membantu seorang rakan untuk menjadi pelakon tambahan bagi menjayakan projek filem pendeknya di universiti dan sejak itu, Ardell mula mendapat panggilan daripada sebuah produksi yang berminat untuk menawarkan beliau berlakon. Sepanjang tahun 2013, beliau aktif berlakon namun mengambil keputusan untuk memperlahankan langkah ekoran tidak yakin dengan kebolehan diri.

Namun, pendiriannya lantas berubah selepas bernaung di bawah syarikat pengurusan Prokuya Studios Sdn Bhd milik adik pelakon Farid Kamil, Fadzil Zahari iaitu suami kepada aktres jelita, Yana Samsudin, pada tahun 2015. Beliau juga kembali aktif pada tahun yang sama berkat dorongan dan sokongan daripada syarikat pengurusan ia membantu memulihkan semangat beliau malah, hubungan mereka yang rapat seperti satu keluarga.

Namun pada video durasi pendek pada kali ini, ardell berkongsi satu scene dengan caption Im so touched to be a part of this song . I feel so relief during shooting for this music video last week . Agak nya apa yang awak semua faham tentang lagu.

VIDEO :

Ardell dengan satu posting yang panjang :

Ramai yang DM & EMAIL saya . Soalan mereka : 1)macam mana untuk sentiasa happy walau hakikat nya bertentangan ? Jawapan : Apa bila kita membahagia kan orang lain secara spontan kita juga terlihat bahagia & happy 2) macam mana boleh jadi sekuat ini ?? Jawapan : Kekuatan kita hanya pinjaman , nak kata kuat kita semua manusia biasa kadang kental kadang rapuh ( tapi sy tetap pilih untuk jadi wanita BESI) 3) Apa akak buat bila rasa sedih down ??? Jawapan : Bila saya rasa macam tu , 1 je saya fikir … jika kita merasa apa ujian kita lalui terlalu perih & sukar ( lihat la manusia lain di negara perang yang lebih perih ujian dari kita ) sampai rasa kecil sangat dugaan kita . 4) Bila tahu tak sihat , tak dapat hidup lama apa akak buat ???? Jawapan : Ajal maut bukan di tangan kita dik , bukan sebab Penyakit je boleh meninggal .. orang sihat pun boleh meninggal , sakit biasa2 pun boleh meninggal jangan la tanya soalan cmni ok (akak tak nazak, soalan adik yang nazak sgt akak baca pandai2 je cakap hidup xlama ). 5) Agak-agak Akak merasa ke tak untuk rasa cinta manusia yakni berkahwin , kalau akak ada someone nanti berkahwin akak tak rasa membeban kan dia ke , tak kesian ke kat suami nanti??? Jawapan : kalau ajal je di tangan tuhan inikan pula jodoh dik, kalau tuhan kata panjang umur panjang lah jodoh ( ada la jodoh dunia ) kalau takde maka takde la . Entah lah jawapan last ni susah sikit, sebab kalau nak kata kesian bukan jodoh je .. ( saya punya kakak kandung sendiri terpaksa amik cuti 4 bulan di tempat keje dihospital nya hanya kerana untuk menjaga saya di rumah, dan bawa saya kesana kemari bekerja, menjahit,memasak , shopping , berjalan.. SAYA ok je bukan nya sakit ape sangat tapi akak risau & saya masih ada kaki untuk berjalan ok ) itu pun kadang rase menyusahkan , tapi ape saya perlu buat untuk tak menyusahkan orang ? BANGKIT la … terus kan hidup mcm biasa , keluar, kerja, buat itu buat ini .. apa yang saya rasa saya suka just do it . Kalau penat berhenti , jangan push diri . Kalau boleh just buat tanpa tapi atau nanti . Dah namanya dunia ni pentas ujian , maka hadapi dengan tenang . Paksa diri jadi hebat di mata orang yang sayangi kita . Goodnight .

Semoga Ardell dapat melalui hari hari mendatang dengan tabah dan berjaya di dunia dan akhirat.Amin

Sumber : IG Ardellaryana

sumber