Video Sungguh Merdu Alunan Bacaan Al-Fatihah Dari Suami Tasha Manshahar Raqib Di Hari Pernikahan Mereka.

Video Sungguh Merdu Alunan Bacaan Al-Fatihah  Dari Suami Tasha Manshahar Raqib Di Hari Pernikahan Mereka. –

Penyanyi Tasha Manshahar selamat bergelar isteri kepada penyanyi, Fahrur Raqib Abdul Majid, 28, dengan sekali lafaz di Masjid Jamek Kajang, di sini pada pukul 9.50 pagi, Sabtu. Tasha atau nama sebenarnya Nadia Natasha Mohd Manshahar, 26, dan pasangannya itu dinikah oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohd Manshahar Abdul Jalil, 59.

Pernikahan pasangan itu disaksikan bapa saudara pengantin perempuan, Mohd Hasnan dan rakan bapanya, Ustaz Mansur Saman. Tasha menerima mas kahwin RM300, sebentuk cincin, seutas gelang dan lima dulang hantaran dan manakala Raqib menerima tujuh dulang hantaran.

Raqib menyarung cincin di jari manis isterinya, Tasha. Kata Tasha, dia dan suaminya tidak ada sebarang perancangan untuk berbulan madu kerana beranggapan perkara itu bukan sesuatu kewajiban yang perlu dilaksanakan.

“Bagi saya dan Raqib, berbulan madu itu bukanlah kewajiban yang perlu dilakukan. Memang tidak perancangan pun nak pergi mana-mana.Asalkan kami dapat meluangkan masa kualiti bersama itu pun sudah dikira seperti berbulan madu. Kalau pergi jalan jauh-jauh pun tapi tak ada masa bersama itu bukanlah ‘honeymoon’,”kata Tasha kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Raqib turut meluahkan rasa syukur selepas majlis pernikahan mereka berjalan dengan lancar biarpun pada awalnya berasa gementar. Tasha dan Raqib selamat dinikahkan dengan sekali lafaz sahaja.

“Sebagai bakal suami tadi memang ada gementar sebab nak pegang tanggungjawab yang besar.“Tapi syukur Alhamdulillah, semunya berjalan dengan lancar. Allah permudahkan perjalanan majlis kami biarpun sederhana namun bermakna,” ujar Raqib.

Majlis yang diadakan secara bersederhana dan tertutup itu hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekat, manakala resepsi bakal berlangsung pada Ahad di Shah Alam.

Majlis di sebelah pengantin lelaki yang juga qari, penyampai radio dan bekas peserta Akademi Fantasia (AF) 9 itu direncanakan pada 22 September ini di Melaka.Pasangan itu berkenalan ketika menjayakan rakaman lagu kira-kira dua tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 24 Disember tahun lalu.

Tasha yang popular menerusi lagu Ragu-Ragu dan Bukan Aku sudah tidak lagi aktif menyanyi, sebaliknya memberi tumpuan kepada tugas sebagai guru dan penceramah motivasi.
PART 1:

PART 2:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PAYUNG VIDEO VIRAL untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber: IG zayan.my via Mstar via @SoyaLemon

sumber