VIDEO] “Wowww!”, Alif Satar terpegun melihat Sherry Al Hadad nyanyi lagu Polis Entry..

VIDEO] “Wowww!”, Alif Satar terpegun  melihat Sherry Al Hadad nyanyi lagu Polis Entry..

Sebelum ini kita dapat saksikan Alif Satar yang bergandingan dengan Sherry Al Hadad sebagai pengacara di pentas AJL 32. Selepas melihat keserasian mereka, sekali lagi mereka digandingkan bersama untuk memikul tanggungjawab mengemudi pentas utama program realiti terbaru iaitu Big Stage.

Program Big Stage akan bermula pada 5 Ogos pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD.

Big Stage menampilkan 10 orang penyanyi baharu dan muda seperti Andi Bernadee, Sissy Iman, Tajul Arif, Baby Shima, Syafiq Farhain, Wani Kayrie, Afieq Shazwan, Fara Hezel, Ariff Bahran dan Sarah Suhairi.

Pada minggu pertama adalah bertemakan lagu viral, 10 bintang Big Stage telah menyampaikan lagu-lagu yang telah membuatkan mereka viral di media sosial dan semestinya menghangatkan suasana malam konsert pertama tersebut.

Selain daripada bintang Big Stage, pengacara program tersebut iaitu Alif Satar dan Sherry Al Hadad turut mendapat perhatian pada konsert pertama. Hal tersebut tercetus apabila Alif menanyakan kepada Sherry bahawa dia pandai menyanyi atau tidak. Jawapan Sherry “wow yakinnya kamu” membuatkan semua penonton ketawa. Selepas itu, Sherry tujukan lagu Polis Entry yang akan dinyanyikan kepada Faizal Tahir selaku juri dalam program tersebut dan membuatkan beliau menunjukkan reaksi yang tak dijangka.

Walau bagaimana pun Sherry mendapat sorakan serta tepukan yang gemuruh daripada rakan pengacaranya serta para penonton.

Video pendek tersebut turut mendapat perhatian penyanyi asal lagu Polis Entry iaitu Elizabeth Tan sehingga beliau memuat naik video tersebut di laman instagramnya dengan kapsyen yan berikut:

VIDEO:

Antara komen netizen yang mencuit hati dengan gelagat Sherry Al Hadad ketika menyanyikan lagu Polis Entry.

Hahaha.. memang best la..

Sherry tak pernah mengecewakan..

your fav phrase “wow yakinnya kamu..” HAHAHAHAHA IM DYING..

Sis Sherry memang terrrrbaikk..

masuk air la dia..

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @payung video viral

Sumber: Instagram elizabethts

sumber